Politik Perpaduan Untuk Pulai

Politik Perpaduan, Pembangunan dan Progresif untuk Parlimen Pulai merupakan tulang belakang dan nilai asas kepada politik yang dibawa oleh calon BN bagi P161 Parlimen Pulai, bagi mewakili hasrat semua penduduk Pulai yang teridiri dari pelbagai kaum.
Nur Jazlan Mohamed, seorang Teknokrat yang merupakan akauntan bertauliah (Chartered Accountant) telah berkhidmat di Parlimen Pulai selama tiga penggal mengikuti jejak langkah allahyarham bapanya Tan Sri Mohamed Rahmat yang juga merupakan wakil rakyat di kawasan yang sama.
Mempunyai pengalaman yang luas dalam sektor swasta dan kerajaan dari menjawat pelbagai jawatan di syarikat korporat gergasi, mengetuai jawatankuasa parlimen hinggalah menjawat jawatan Timbalan Menteri Dalam Negeri.
Kini sekali lagi Barisan Nasional mempertaruhkan calon Yang Berkhidmat khusus buat Rakyat Pulai bagi membawa aspirasi politik yang berteraskan perpaduan, pembangunan dan politik progresif.

Politik Perpaduan Untuk Pulai

Gallery

© jazlan4pulai.com